Sukan

Kedah Darul Aman FC Akhirnya Dapat Sedikit Sinar

Striker Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Kipre Tchetche akhirnya memberi sedikit sinar dalam teka teki untuknya kembali beraksi pada saingan suku akhir kedua men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Saya berharap dapat kembali bersama pasukan pada perlawanan penting aksi suku akhir kedua men3ntang JDT kali ini selepas tidak dapat bersama pasukan pada perlawanan lalu akibat kec3deraan.

Staf perubatan pasukan berkerja keras bagi memastikan perkembangan kec3deraan saya untuk beransur pulih , dan saya juga berusaha untuk mengembalikan tahap kecergasan saya dalam latihan sebelum ini.

“Saya dapati keadaan saya kini sedang melalui proses pemvlihan yang semakin baik,” katanya yang bersama pasukan yang sedang melakukan latihan sebelum bertolak ke Johor Bahru malam ini.

Kipre juga mengakui kekurangan tonggak utama dalam pasukan Kedah bakal memberi impak yang kurang ‘menyegat’ tambahan pula mahu men3ntang juara Liga Super JDT di tempat mereka bagi menentukan pasukan yang akan layak ke saingan separuh akhir.

Bila pasukan dengan jumlah pemain utama lengkap, maka keadaan akan menjadi lebih berpotensi berbanding perlawanan kami lalu tambahan pula kami kehilangan dua pemain import yang tidak beraksi pada ketika ini.

Saya berharap pasukan Kedah dapat mengulangi semangat beraksi seperti apa yang di tunjukkan pada perlawanan lalu di mana kami berjaya menyekat penguasaan JDT dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Tchetche juga berkata, dengan keputusan tanpa bolos di Darul Aman pastinya memberi suntikan semangat tambahan untuk pemain terus berjuang mencari kemenangan di tempat lawan kali ini.

Saya mengakui JDT adalah pasukan terbaik Liga Malaysia dan mereka tidak mudah dibolosi namun saya berharap jika diturunkan, dapat membantu mendapatkan kemenangan untuk Kedah layak ke peringkat separuh akhir.

Tiada yang mustahil dalam bola sepak dan inilah impian saya hanyalah untuk membawa Kedah ke pentas akhir dan memenangi Piala Malaysia musim ini.

sumber:- HM

“Satu perjalanan yang tidak mudah namun kami perlu terus bekerja keras demi pasukan,” katanya.