Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kelab bola sepak kaya membeli pemain muda hanya bagi memanaskan bangku simpanan mereka.

Beliau berkata, amalan tidak sihat itu hanya merugikan bakat muda tempatan selain turut menjejaskan prestasi mereka selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Jika mereka meletak budak itu di bangku simpanan terlalu lama, dia akan menjadi ‘pengkaq’ (berprestasi buruk). Ini adalah budaya pengurusan yang tidak baik dalam industri bola sepak kita.

“Mereka membeli pemain cemerlang dari pasukan miskin dengan tawaran lumayan hanya untuk mengekalkan pemain di bangku simpanan, jadi budak-budak itu akhirnya menjadi ‘pengkaq’,” katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau tidak menamakan nama pemain terbabit, namun difahamkan beliau merujuk kepada Syafiq Ahmad, seorang striker muda yang berpotensi meninggalkan Kedah untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT).

Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat pemerhatian berdasarkan prestasi buruk pemain terbabit ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia men3ntang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman.

Saya melihatnya bermain dalam perlawanan baru-baru ini, dia tidak dapat menjaringkan gol walaupun sudah berada di dalam kotak penalti.

“Saya kasihan dengan budak itu, dia seorang pemain yang berkaliber ketika bermain untuk Kedah, tetapi selepas menyertai pasukan lain yang menawarkan tawaran lumayan kepadanya, dia tidak dapat bermain secara kompetitif, jadi akhirnya dia menghidap ‘kepengkaran’,” katanya.

Pada masa sama, Sanusi turut meng3cam tindakan JDT tidak menjelaskan pampasan yang sepatutnya dibayar KDA FC berhubung perpindahan kontrov3rsi pemain itu ke kelab berkenaan sebelum ini.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.

“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi mendakwa beliau tidak melakukan sebarang perbuatan derhaka ke atas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan bola sepak.

Katanya, dalam soal sukan bola sepak beliau merujuk Tunku Ismail sebagai pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan bukannya sebagai anak Raja.

Saya Presiden KFA, dia (Tunku Ismail) pemilik kelab JDT, saya ada hak (bercakap). Saya bukan bercakap dengan anak Raja, saya cakap dengan pemilik kelab JDT, jangan kata saya derhaka pulak.

sumber:- BH

“Main bola apa kira derhaka atau tidak, jika tidak ketika hendak jaringkan gol kena angkat sembah dahulu. Main bola kena cara bola, jangan ambil hati dan jangan heret bola masuk ke istana,” katanya.