Pengendali negara, Tan Cheng Hoe akui kelibat tonggak ‘otai’, Aidil Zafuan Abdul Radzak masih diperlukan skuad Harimau Malaya di saingan Piala AFF di Singapura bulan depan.

Malah jelasnya, ia juga peluang terakhir buat pertahanan tengah itu cuba menjulang trofi berkenaan selepas tidak berada dalam ‘skuad emas’ 2010 lalu, di mana itulah kali pertama dan terakhir Malaysia memenanginya.

Saya rasa dia masih lagi relevan walaupun selepas bulan Jun di Dubai, dia tidak banyak beraksi tetapi dia menunjukkan satu prestasi dan sebagai pemimpin yang baik.

Sudah tentu pasukan juga perlukan pengalaman yang dia ada. Dia juga menunjukkan satu disiplin yang terbaik dan inilah yang perlu dipelajari oleh pemain junior.

“Saya harap dia boleh beraksi dengan baik dan membantu pasukan. Mungkin ini impian terakhirnya bersama skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Cheng Hoe mengakui lega selepas berjaya mendapatkan khidmat beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kec3deraan.

Shahrul baru pulih daripada kec3deraan dan sudah bermain tempoh hari, begitu juga dengan Shahrel yang sudahpun turun beraksi bersama Selangor FC.

“Ini berita gembira untuk semua tetapi kita masih memantau prestasi mereka. Apa yang penting mereka bebas daripada kec3deraan dan bersedia untuk bermain bersama skuad kebangsaan,” katanya.

Di Singapura nanti, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen dengan men3ntang Kemboja pada 6 Disember ini.

sumber:- HM

Selepas itu, pemain negara akan meneruskan aksi dengan berdepan Laos, Vietnam dan Indonesia sebelum dua pasukan terbaik mara ke separuh akhir.