Sukan

Barcelona kembali terima Messi dan Iniesta dengan hati terbuka

Presiden Barcelona, Joan Laporta, tidak menolak kemungkinan untuk Lionel Messi dan Andres Iniesta pulang ke kelab itu pada masa akan datang.

Bercakap ketika memberkenalkan Dani Alves di depan lebih 10,000 penyokong di Camp Nou, Laporta berkata kepulangan pertahanan kanan Brazil itu bukan yang terakhir buat pasukan berkenaan dalam beberapa tahun ini.

Iniesta meninggalkan Barca untuk menyertai kelab Jepun, Vissel Kobe, pada 2018 manakala beban hutang sebanyak €1.2 bilion (RM5.68 bilion) mengakibatkan kelab itu tidak mampu memperbaharui kontrak Messi untuk bintang Argentina itu menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada Ogos lalu.

“Saya tidak menafikannya,” kata Laporta ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk Messi dan Iniesta kembali ke pangkuan kelab itu.
“Ia telah berlaku ke atas Dani dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana dia dapat melihat situasi di kelab ini dan mahu datang membantu.”

Alves merupakan pemain pertama ditandatangani jurulatih baru, Xavi, di mana dia mengikat kesepakatan sehingga penghujung musim ini tetapi hanya akan layak mewakili kelab itu bermula awal tahun depan.

“Saya juga mahu berterima kasih kepadanya atas satu usaha ekonomi. Kami akan memulihkan situasi ini tetapi dia telah melakukan usahanya sendiri. Ia perlu dihargai.

Mereka adalah legenda kelab ini. Messi dan Iniesta amat luar biasa, saya tidak boleh meramalkan masa depan memandangkan mereka masih bermain.

sumber:- astro arena

“Tetapi mereka telah menjadikan kelab ini kelab yang hebat, kami sentiasa mengingati mereka.”Walaupun mereka sudah mengikat kontrak bersama kelab lain dan anda perlu menghormati perkara itu, dalam hidup ini, anda tidak tahu apa yang akan berlaku,” tambahnya.