Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar mendapat svntikan semangat menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini selepas dikurniakan cahaya mata kedua awal pagi tadi.
Berita kelahiran anak keduanya itu dimaklumkan melalui laman media rasmi KDA FC yang turut memuat naik ucapan tahniah dan kesyukuran buat pemain yang digelar legenda Kedah itu.
Tahniah diucapkan kepada ketua pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata kedua awal pagi tadi.
Semoga dengan kelahiran anak kedua, beliau akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga dan didoakan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
“Tahniah daripada KDA FC!.” katanya.
Dalam perkembangan sama, Baddrol turut memaklumkan berita kelahiran anak keduanya itu di laman sosial peribadinya.
Beliau yang sudah sinonim dengan gelaran BB7 itu turut memaparkan gambar sebuah beg pakaian yang menunjukkan beliau sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru sebaik urusan berkaitan kelahiran anak keduanya itu di Kedah selesai.
Bismillah.. Baddrol Kini ‘OTW’ (dalam perjalanan) dari Penang ke JB untuk perlawanan suku akhir kedua malam ni. Demi Hijau Kuning.
“Doakan kejayaan pasukan KDA FC malam ini , rakyat Kedah semua.” katanya.
sumber:- BH
Kedah kini membvru misi penting di Stadium Sultan Ibrahim menentang JDT malam ini untuk layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman Ahad lalu.