Sukan

Esok lebih penting

Sokongan padu peminat diyakini mampu mencetuskan persembahan positif Melaka United apabila melayan kunjungan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam esok.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, beraksi di gelanggang sendiri diyakini lebih membuatkan anak buahnya bersemangat selepas menundukkan Sabah 1-0 di Kota Kinabalu, Ahad lalu.

Baginya, saingan tetap sengit kerana lawan pastinya berusaha untuk mencipta kejutan dan memadamkan kelebihan yang dimiliki skuad kendaliannya.

Pada saya perlawanan baru memasuki babak pertama di Sabah dan babak kedua bakal berlangsung malam esok lebih penting.

“Justeru fokus jitu dan tidak alpa harus menjadi keutamaan pemain untuk mengelak kesilapan yang boleh mencipta ruang buat lawan mencipta percubaan b@haya ke kvbu pasukan,” katanya.

Dia mengakui lega kerana tiada pemain yang mengalami kec3deraan serius yang menjejaskan peluang mana-mana pemain utama untuk beraksi.

Justeru, dia amat mengharapkan momentvm cemerlang akan terus dikekalkan dalam perlawanan berkenaan sekali gus memenuhi misi 90 minit dengan kemenangan.

Walaupun seri sudah memadai buat skuad terbabit namun bekas striker kebangsaan itu amat mengharapkan pemainnya mampu melakar kemenangan.

Apa yang pasti aksi tanpa kalah sejak daripada saingan peringkat kumpulan sehingga perlawanan suku akhir pertama di Sabah menjadi azimat berharga buat Melaka melangkah ke separuh akhir kali ini.

sumber:- BH

Pada aksi di Sabah, striker licik Sony Norde menghadiahkan jaringan tunggal skuad Hang Tuah.