Sukan

Nasib malang Ronaldo berganda

Hasrat Cristiano Ronaldo untuk beraksi pada Piala Dunia kelimanya masih belum kesampaian selepas Serbia mengejutkan Portugal 2-1 di Lisbon untuk layak ke Piala Dunia 2022.

Ronaldo sudah memegang rekod muncul pemain terbanyak beraksi di saingan Euro dan dilihat berada di landasan tepat untuk meraih satu lagi pencapaian selepas Portugal memperoleh gol pembukaan menerusi Renato Sanches seawal minit ke-2.

Bagaimanapun Serbia bangkit untuk mendominasi separuh masa pertama dan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dusan Tadic minit ke-33.

Aleksandar Mitrovic muncul wira Serbia apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-90.

Lebih setahun lalu, Mitrovic dikecam kerana muncul satu-satunya pemain gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Scotland yang menyaksikan Serbia tidak layak ke saingan Euro 2020.

Bagaimanapun striker Fulham itu menebusnya dengan menjaringkan gol cukup bergaya.

“Ia adalah perlawanan yang hebat. Kami adalah pasukan lebih baik hari ini dalam setiap aspek perlawanan ini,” kata Mitrovic.

sumber:- HM

Portugal perlu menghadapi dua aksi playoff pada Mac depan untuk mengekalkan rekod layak ke kejohanan berprestij itu sejak Piala Dunia 1998.