Tewas kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi bukan penamat cerita buat naib juara Liga Perdana musim ini, Sarawak United FC.

Sebaliknya perjvangan belum berakhir dengan aksi berbaki 90 minit lagi dalam perlawanan kedua pada Khamis ini di Stadium UiTM, Shah Alam akan dimanfaatkan sebaik mungkin pengendali skuad Kenyalang Emas, E Elavarasan.

Tambah bekas pengendali Terengganu musim 2013 itu, kekalahan tipis 1-2 itu memberi mesej berguna buatnya untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebelum perubahan dilakukan menjelang pertemuan hidup mati itu.

Beliau yang membantu pasukannya kembali beraksi dalam kancah Liga Super musim depan bagaimanapun mengharapkan tiga tonggak importnya yang c2dera dapat kembali pulih untuk membantu pasukan memburu tempat ke peringkat separuh akhir.

Kita masih ada baki 90 minit lagi sebelum aksi suku akhir kedua pada Khamis ini, jadi dengan masa berbaki tiga hari lagi itu, kita akan memperbaiki beberapa kelemahan yang ada dan akan membuat perubahan dalam misi memburu tempat ke peringkat separuh akhir.

Kekalahan itu juga memberi panduan berguna buat kami untuk membuat ‘kerja rumah’ bagi memperkemaskan lagi corak permainan sebelum pertemuan kedua nanti walaupun kita ketinggalan dengan satu jaringan.

Namun saya mengharapkan dua tonggak import yang masih c3dera iaitu Lee Chang Hoon dan Taylor Regan yang tidak diturunkan pada aksi pertama ini dapat kembali bersama pasukan.

“Begitu juga dengan Sandro Da Silva yang mengalami kec3deraan pada bahagian dada pada malam ini (malam tadi),” kata Elavarasan ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain kebangsaan, Mohd Faisal Halim melalui rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-17.

Pelawat mendapat gol percuma hasil jaringan sendiri pertahanan, Shahrul Nizam Ros Hasni pada minit ke-21 sebelum pemain tengah, Faiz Nasir meledak gol kedua TFC pada minit ke-51 juga melalui rembatan menarik.

Mengulas lanjut, beliau akui ketiadaan Sandro yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-37 memaksa pasukannya lebih banyak bertahan daripada melakukan asakan sekali gus mengubah skrip asal permainan.

sumber:- HM

“Mungkin kita bernasib baik tidak bolos lagi termasuk bola terkena tiang, tapi pertahanan kita termasuk penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli berusaha keras menghalang deretan peluang yang dicipta tuan rumah,” katanya.