Sukan

Misi kejuaraan ke 34 Selangor hampir tertutup

Kuala Lumpur City FC (KL City) hanya selangkah lagi untuk mara ke separuh akhir apabila melakar kemenangan 2-0 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam ini.

Bekalan selesa itu pastinya melegakan pengendali KL City, Bojan Hodak apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam perlawanan timbal balik di Stadium Bolasepak Cheras, Khamis ini.

Begitupun, kekalahan ini cukup mengecewakan penyokong Selangor FC yang mengharapkan pasukan kesayangan mereka mampu meraih kemenangan ke atas jiran tetangga itu.

Pelawat tidak menunggu lama apabila ayam tambatan dari Colombia, Romel Morales mudah menyambut hantaran lintang Zhafri Yahya bagi melepaskan tandukan cantik buat menewaskan Khairulazhan Khalid pada minit ke-14.

Gol awal itu nyata mengejutkan kem tuan rumah yang meningkatkan tempo aksi untuk membvru gol penyamaan.

Sekurang-kurangnya dua percubaan merb@haya hampir menemui gawang KL City, namun percubaan jarak jauh Syahmi Safari dan r3mbatan deras Shahrel Fikri sedikit tersasar.

Pada babak kedua, Selangor yang juga juara 33 kali Piala Malaysia melakukan tiga pertukaran dengan memasukkan Aliff Haiqal terlebih dulu sebelum Jordan Ayimbila dan Wan Zack Haikal masuk untuk menggantikan Ahmad Danial Asri, Nor Hakim Hassan dan Syahmi.

Bagaimanapun, pecaturan itu tidak membawa hasil apabila skuad The City Boys yang sesekali meny3rang berjaya meraih gol kedua menerusi serangan pantas pada minit ke-83.

Gol itu dihasilkan pemain gantian, Hadin Azman yang bijak melakukan satu ‘chipping’ yang gagal di halang Khairulazhan.

sumber:- HM

Kekalahan ini pastinya memberi tekanan buat anak buah Karsten Neitzel yang wajib mencari tiga gol di Cheras bagi memadamkan kelebihan KL City itu untuk mengintai slot ke separuh akhir.