Sukan

KDA FC balun JDT

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menegaskan bahawa tunggakan gaji membabitkan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sudah diselesaikan.

Presidennya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turut menafikan pihaknya hanya melunaskan bayaran gaji ketika hanya pasukan itu akan men3ntang pasukan JDT FC.

Gaji pemain bola kita sudah bayar, tahun ini, sudah RM21 juta kita bayar (secara keseluruhan), ada orang cakap nak lawan JDT baru bayar gaji, saya kata kalau lagu tu kena lawan JDT tiap-tiap bulan baru bayar gaji.

“Takkan macam tu, kalau tak lawan JDT pun kita bayar, sekarang (kita sudah bayar untuk) bulan Oktober, takkan bulan 1,2,3 (kita tak bayar sebab tak) ada lawan JDT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Mengulas mengenai perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia membabitkan kedua-dua pasukan malam ini, Sanusi menzahirkan keyakinan bahawa KDA FC mampu menumpaskan pasukan Juara Liga Super 2021 itu.

“Saya ingat malam ni kita akan balun JDT Insha Allah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pasukan KDA FC terpalit dengan isu tunggakan gaji selepas didakwa gagal melunaskan gaji pemain selama dua bulan.

sumber:- HM

Bukan itu saja, bonus kemenangan yang dijanjikan juga tidak dibayar beberapa bulan hingga mencecah 12 perlawanan dan tindakan itu dikhuatiri akan menjatuhkan moral mereka menjelang pertemuan dengan JDT.