Sukan

Sarawak United teruskan kisah dongeng

NAIB juara Liga Premier, Sarawak United meneruskan pengembaraan dongeng ke saingan suku akhir Piala Malaysia dengan status naib juara Kumpulan A setelah tewas 1-2 kepada Penang FC di Stadium UiTM, Shah Alam malam ini.

Anak buah E Elavarasan terlebih dulu menggegarkan gawang The Panthers menerusi jaringan Christie Jayaseelan seawal minit ketujuh perlawanan.

Skuad Tomáš Trucha bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila Jafri Firdaus Chew mel3dak gol lima minit kemudian sebelum Amer Azahar melebarkan lagi kedudukan pelawat menerusi pada minit ke-43.

Sementara itu di Kuantan, Kuala Lumpur (KL) City FC kendalian Bojan Hodak mengekalkan momentum positif saingan Kumpulan A dengan kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

sumber:- SH

Bagaimanapun, pelawat terpaksa menunggu penghujung babak kedua untuk merobek gawang Kuala Lumpur City hasil jaringan Zhafri Yahya pada minit ke-83 untuk keputusan 1-0.