Sukan

Kedah Darul Aman berjaya elak JDT

KEDAH Darul Aman (KDA) meneruskan momentum positif saingan Piala Malaysia apabila menjinakkan Kelantan United 3-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu wajib menewaskan Kelantan United sekiranya mahu bergelar juara Kumpulan C, sekali gus mengelak pertembungan dengan juara bertahan dan pilihan utama, Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir.

Anak buah Aidil Sharin Sahak terlebih dulu di depan hasil jaringan minit ke-32 daripada Mohd Syazwan Zainon sebelum kapten Hijau Kuning, Baddrol Bakhtiar melebarkan kedudukan pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, Kelantan United kembali memperkemaskan permainan berjaya mengurangkan defisit menerusi jaringan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-72.

Usaha tuan rumah untuk bangkit tidak kesampaian apabila Hijau Kuning kembali melebarkan kedudukan pada minit ke-85 menerusi Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli Amin untuk kedudukan 3-1.

sumber:- SH

Tiga mata di Kota Bharu itu menyaksikan KDA kini mengumpul 15 mata mata manakala Kelantan United pula satu mata selepas masing-masing mengharungi lima perlawanan Kumpulan C.
f