Sukan

TMJ terima pujian Presiden PFAM

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali memuji tindakan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menitikberatkan aspek kebajikan pemain.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Safee mengakui Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut membantu pemain yang sudah bersara.

Sekalipun TMJ adalah pemilik kelab, TMJ juga agak lantang untuk menyuarakan hal kebajikan pemain dan ini sepatutnya menjadi contoh buat pemilik kelab lain untuk berbuat hal yang sama.

Tanpa berniat untuk menyebelahi sesiapa, kita sendiri boleh menilai pasukan seperti JDT dan Terengganu di mana pemain sentiasa berusaha keras dan memberikan segala-galanya di atas padang kerana budaya profesionalisme yang sangat tinggi diterapkan oleh pengurusan pasukan.

“Kami di PFAM sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pasukan khususnya pemilik kelab untuk mengadakan perbincangan bagi berkongsi hal ehwal pengurusan kebajikan pemain,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Safee menjelaskan kebajikan pemain masih menjadi masalah yang besar dalam era bola sepak profesional Malaysia ketika ini.

Katanya, isu seperti tunggakan gaji, penamatan kontrak yang tidak adil, pemain dibuli, kontrak dimanipulasi, pemain tidak dilindungi insurans, pemain c3dera yang tidak mendapat perhatian sewajarnya, gaji dipotong kerana kec3deraan dan pemain ditawarkan kontrak yang nilainya jauh lebih rendah jika pemain itu cedera sentiasa membelenggu pemain bola sepak profesional di negara ini.

Hal sebeginilah yang membantutkan usaha mereka yang ikhlas untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Isu yang saya nyatakan ini sepatutnya tidak berlaku di era profesional.

Kami menerima pelbagai aduan daripada pemain mengenai permasalahan yang berkaitan dengan kebajikan dan hak mereka. Soalan saya, sampai bila kelab-kelab seperti ini akan terus mengambil kesempatan?

Selaku Presiden PFAM, saya menggesa agar setiap kelab benar-benar menghargai pemain. Nilailah kami sebagai aset pasukan, bukan sebagai barang dagangan yang sesuka hati dibuang pakai.

sumber:- BH

“Saya juga menyeru agar pemain yang berhadapan dengan permasalahan berkaitan kontrak bersama pasukan untuk tampil membuat aduan secara rasmi kepada PFAM, agar kami boleh membantu anda untuk memperjuangkan hak anda,” katanya.