Sukan

Pengaturan baharu atas persetujuan bersama

Selangor FC tidak pernah memotong gaji atau ‘membuang’ pemainnya walaupun didapati individu berkenaan mengh!dap kans3r. Situasi berkenaan diakui pemain Selangor, Brendan Gan yang akhirnya tampil menjelaskan situasi yang bertiup k3ncang mengaitkan dirinya dikatakan menjadi ‘mangsa’ skuad Gergasi Merah.

Saya sudah melihat dan membaca mengenai apa yang diperkatakan di media sosial dan saya lihat perkara ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara. Tetapi saya mahu menjelaskan bahawa Selangor mematuhi kontrak 2021 saya sepenuhnya.

“Ayuh fokus untuk perlawanan penting dan menyokong barisan pemain untuk membawa pulang tiga mata,” katanya.

Perkara sama turut dikongsi Selangor FC yang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pihaknya sentiasa mematuhi setiap peruntukan yang sudah ditetapkan dalam kontrak pemain.

Hari ini Selangor FC banyak menerima pertanyaan berkenaan status pemain kami yang sedang melawan kans3r. Di sini kami ingin menjelaskan bahawa pihak kelab sudah memenuhi semua kewajipan seperti yang dipersetujui di dalam kontrak dari awal hingga hari ini dan kami akan terus melakukannya sehingga tamat mana-mana kontrak sedia ada.

Untuk sebarang urusan kontrak masa hadapan, adalah sedia maklum bahawa pengaturan baharu akan dibuat atas persetujuan bersama.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan hanya kerana mengh!dap kans3r seorang pemain yang juga tonggak bagi sebuah pasukan Liga Malaysia (Liga M) berhadapan tindakan pemotongan gaji 50 peratus.

Situasi terbabit didedahkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya apabila melihat situasi berkenaan tidak berperikemanusiaan ketika pemain itu berusaha melawan penyak!t terbabit.

Menerusi pendedahan itu, Tunku Ismail tidak mendedahkan pemain dan pasukan berkenaan namun rata-rata netizen sudah dapat menghidu atau mengetahui individu yang dimaksudkan beliau itu.

sumber:- HM

Mengikut rekod, seperti yang diketahui umum tonggak Harimau Malaya itu disahkan mengh!dap kans3r test!s, sekali gus diketepikan untuk tempoh yang panjang pada kancah Liga M musim ini. Bekas pemain Perak dan Kelantan itu sudah menjalani pembedahan dan kini langkah seterusnya adalah untuk mengharungi proses pemvlihan