Sukan

Mahu Ulang kejayaan tewaskan JDT

Keputusan seri dengan Kelantan FC pada aksi 2 November lalu, mendorong skuad Petaling Jaya (PJ) City FC, meningkatkan lagi usaha menjelang pert3mbungan dengan Johor Darul Ta[zim (JDT) pada saingan Kumpulan D Piala Malaysia, di Stadium MBPJ, malam esok.

Ini untuk memastikan misi mereka memburu slot ke suku akhir pada saingan bola sepak berprestij tempatan musim ini itu tidak tersasar.

Pengurus pasukan, K Rajendran berkata, misi utama pasukan itu dalam pertembungan malam esok adalah mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

Selepas sekadar mengikat keputusan seri dengan Kelantan tempoh hari, pasukan perlu memastikan tidak kehilangan mata pada pertembungan dengan JDT, malam esok.

Walaupun diakui pertembungan itu nanti bukan mudah jika mengambil kira reputasi JDT namun hasrat kita untuk mendapatkan suatu keputusan yang positif bukan mustahil.

“Pemain sudah diingatkan supaya memberikan persembahan lebih bertenaga dan memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mencipta kemenangan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menuntut anak buah P Maniam membuktikan kemampuan untuk menafikan kekuatan skuad Harimau Selatan itu seperti mana yang pernah mereka terjemahkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, sama ada di gelanggang lawan atau tempat sendiri.

Menurutnya, PJ City pernah mencipta kejutan menewaskan JDT selain mengikat pasukan itu dengan keputusan seri dalam beberapa aksi Liga Malaysia sebelum ini.

sumber:- HM

“Tahun lalu, kita berjaya mendapatkan satu mata daripada perlawanan dengan JDT di laman sendiri dan saya berharap pemain dapat mengulangi aksi cemerlang itu pada pertembungan malam esok.