Sukan

Yakin Kelantan FC ke suku akhir

Perebutan satu lagi slot untuk ke suku akhir daripada Kumpulan D bertambah rancak selepas ketiga-tiga pasukan iaitu PJ City FC, Kelantan FC dan Sabah FC masih lagi berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Kelebihan ketika ini dipegang oleh PJ City FC yang menghimpun lima mata, disusuli Kelantan FC dan Sabah FC dengan dua mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan ketika saingan berbaki dua perlawanan lagi.

Untuk itu, pemangku jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya tetap optimis dan berfikiran positif untuk membawa pasukan itu ke suku akhir selepas menyaksikan perkembangan ditunjukkan anak buahnya dalam setiap perlawanan.

Katanya, belum masanya untuk skuad The Red Warriors (TRW) mengibar bendera putih dan menuntut barisan pemainnya dapat terus menunjukkan aksi konsisten dalam baki dua lagi perlawanan yang akan diharungi selepas ini.

Satu mata yang amat berharga dengan persembahan pemain yang begitu bersemangat. Saya takkan menyerah selagi mana perlawanan belum berakhir.

“Sebagai pemain dan jurulatih, kita kena ada sifat melawan dan tidak mudah menyerah walaupun peluang tipis kerana mungkin peluang tipis ini akan memberi kenangan untuk keseluruhan pasukan.

“Apa yang penting kita fokus perlawanan demi perlawanan. Walaupun nampak sukar tetapi kita akan terus berjvang dalam dua perlawanan ini,” katanya.

Terdahulu, Kelantan FC berjaya mengutip satu mata selepas berjaya mengikat PJ City FC 0-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

sumber:- BH

Selepas ini, mereka akan berdepan Sabah FC di laman lawan pada Sabtu sebelum aksi terakhir menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudahpun mengesahkan tempat ke suku akhir.