Sukan

Jawapan Mora ditanya persembahan Safawi

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora teruja apabila misi untuk layak ke suku akhir tercapai selepas menewaskan Sabah FC 3-0 pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Apapun, pengendali kelahiran Mexico itu tetap meletak sasaran untuk menamatkan baki dua perlawanan kumpulan menentang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dan Kelantan FC dengan kemenangan.

Katanya, menentang PJ City FC sememangnya agak sukar kerana pasukan itu tampak begitu liat untuk ditewaskan tatkala mereka kini mengumpul lima mata selepas seri 0-0.

Kami kerap memenangi perlawanan sejak kebelakangan ini tapi menentang PJ City FC amat berbeza kerana pasukan itu sukar ditewaskan dan saya harus memberi fokus terhadap persiapan menentang pasukan itu.

“PJ City sering beri masalah kepada JDT dan saya jangkakan ia perlawanan sukar bagi kami dan paling utama memberi fokus men3ntang skuad kendalian P Maniam,” katanya.

Mengulas kemenangan ke atas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, Mora berkata secara keseluruhan JDT menguasai permainan pada babak pertama dan kedua tapi aksi babak pertama skuad Tambadau tampak konsisten.

Ditanya mengenai persembahan Safawi Rasid yang diturunkan pada babak kedua tampak kurang menyerlah selepas gagal menyudahkan sepakan penalti, Mora tampak mempertahankan langkah pemain itu.

sumber:- HM

“Saya langsung tidak mempertikaikan tindakan Safawi melakukan sepakan itu, mungkin dia mahu mencuba teknik baru dan saya akan sokong apa sahaja yang dia mahu lakukan kerana dalam permainan bola sepak pemain perlu kreatif dan inovatif,” kata Mora.