Sukan

Dituduh sabotaj, JDT akhirnya bersuara

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan terdapat unsur ‘sabotaj’ atau sengaja bertindak menutup kain rentang yang dipasang penyokong Sabah dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.

Menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger menjelaskan bahawa tindakan marshal berdiri di depan penyokong Sabah hanya kerana ingin membentuk ‘human barricade’.

Katanya, tindakan terbabit adalah langkah keselamatan berikutan penyokong Sabah tidak berada di kawasan tempat duduk khusus buat pasukan pelawat.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin menjelaskan mengenai insiden di Stadium Sultan Ibrahim di mana marshall dikatakan sengaja berdiri di hadapan kain rentang penyokong pelawat, kononnya menghalang kain rentang tersebut daripada pandangan.

Memang benar bahawa marshall berdiri mengelilingi penyokong Sabah tetapi ianya hanya kerana ingin membentuk ‘human barricade’ kerana penyokong Sabah ini tidak berada di kawasan tempat duduk khusus buat penyokong pelawat.

Sabah FC tidak memohon sebarang peruntukan untuk penyokong lawan, hinggakan penyokong Sabah FC hanya boleh membeli tiket di bahagian penyokong tuan rumah dan duduk bersama-sama mereka.

“Ia adalah satu niat yang murni buat kelab untuk membenarkan penyokong ini masuk ke stadium dan menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk mereka.

“Pihak kelab juga memberi amaran kepada marshall kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih awal dan sebaliknya menonton perlawanan, tidak memerhati penyokong,” katanya.

Terdahulu, pada perlawanan malam tadi menyaksikan juara lapan kali berturut-turut Liga Super mengesahkan tiket ke suku akhir selepas berjaya menundukkan Sabah FC 3-0.

sumber:- HM

Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan jaringan Leandro Valazquez dan dua gol Bergson da Silva membolehkan JDT memperoleh tiga mata penting sekali gus mengungguli kumpulan D.