Sukan

Sah sertai Pasukan JDT

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melantik bekas pencari bakat Boca Juniors dan Independiente, Diego Griffa sebagai Ketua Unit Pencarian Bakat dan Pembangunan Belia pasukan itu.

Perkembangan itu diumumkan skuad Harimau Selatan menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Dalam kenyataan terbabit, pelantikan Griffa bertujuan memperkukuh unit pencarian bakat pasukan itu dengan pengalaman luas yang dimilikinya.

“Griffa yang menyertai JDT pada 202 sebelum ini pernah berkhidmat dengan Boca Juniors (Argentina), Necaxa Club (Mexico), Independiente Club (Argentina) dan Aurora Club (Bolivia).

“Beliau juga menjadi penasihat beberapa pentadbiran wilayah tempatan Argentina berkenaan perkara-perkara pembangunan,” kata JDT dalam kenyataan itu.

sumber:- BH

Sebagai rekod, antara bakat luar negara yang dicari Griffa sebelum ini termasuk Giovani Lo Celso (Tottenham), Ezequiel Barco (Atlanta United), Walter Montoya dan Cesar Meli (Racing Club).