Sukan

JDT bergaya ke suku akhir , Kecewa penalti ‘pelik’ Safawi

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk mara ke suku akhir selepas menewaskan Sabah FC 3-0 pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Selepas mengharungi lima perlawanan skuad bimbingan Benjamin Mora mengutip 12 mata maksimum malah mengekalkan rekod tanpa kalah tatkala berbaki dua perlawanan di tempat lawan men3ntang Petaling Jaya City FC, Sabtu ini dan Kelantan FC pada 9 November ini.

Rentak kemenangan tuan rumah bermula seawal minit kelima selepas hantaran jauh Shane Lowry sempat di dada Bergson Da Silva yang kemudiannya mengumpan leret kepada Leandro Velazquez yang mer3mbat k3ncang menewaskan penjaga gol pelawat, Rozaimie Rohim.

Ketika tuan rumah begitu ghairah mengasak ke kubu skuad Badak, tindakan pantas Amri Yahya yang melakukan sepakan jauh dari jarak 30 meter pada minit ke-28 hampir memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias yang sudah terkeluar dari posisinya dan mujur bola sekadar melepasi palang gol.

Usaha Corbin Ong yang melakukan sepakan lintang pada minit ke-34 menyaksikan bola terkena tangan Ummareng Bacok di dalam kotak penalti dan pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Bergson yang kembali menguatkan barisan s3rangan Harimau Selatan tidak berdepan masalah mencipta gol selepas mer3mbat k3ncang tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Rozaimie dan meletakkan tuan rumah selesa mendahuloi 2-0.

Bersambung babak kedua, anak didik Datuk Ong Kim Swee tampak beraksi dengan cara selamat bagi mengelak gawang mereka menjadi `hidangan’ Harimau Selatan apabila lebih gemar `berkampung’ di kawasan sendiri sekali gus menyukarkan pemain tuan rumah melakukan percubaan berb@haya.

Ketika aksi berbaki seminit untuk ditamatkan tuan rumah terlepas peluang menambah jaringan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penati kepada pasukan JDT namun dikecewakan sepakan ‘pelik ‘ Safawi Rasid yang mudah diselamatkan Rozaimie.

sumber:- HM

Namun pada masa kec3deraan Bergson mencetak gol kedua peribadi apabila menanduk masuk sepakan percuma pemain gantian Safiq Rahim bagi memastikan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0.