Sukan

JDT tidak dapat laluan mudah

Sekalipun sedar jurang yang besar antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Sabah FC, namun itu tidak bermakna skuad Badak perlu mengalah sebelum berjuang.

Itu yang ditegaskan oleh Datuk Ong Kim Swee apabila pasukannya sekali lagi akan berdepan skuad Harimau Selatan bagi aksi Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim malam esok selepas tewas 2-0 pada aksi sama di Stadium Likas, Jumaat lalu.

Jelas bekas pengendali skuad kebangsaan itu, pemain muda sekali lagi akan menjadi pertaruhan terbaik dalam misi mencuri mata di tempat lawan bagi menghidupkan peluang merebut slot ke suku akhir Piala Malaysia.

Kita tidak boleh berharap kepada keajaiban ketika men3ntang JDT. Kita harus realistik tetapi dalam masa sama, kita perlu terus berjuang dan memberi cabaran dalam setiap perlawanan yang akan kita tempuhi.

“Bagus untuk memberi peluang kepada pemain muda kerana mereka akan mendapat pendedahan yang baik. Kita akan cuba untuk mendapatkan keputusan positif,” katanya.

Sementara itu, bagi satu lagi aksi Kumpulan D, Kelantan FC jelas begitu mendambakan kemenangan selepas gagal meraih mata penuh dalam tiga perlawanan sebelum ini untuk terus menghuni tangga tercorot kumpulan itu.

Selepas sekali lagi keciciran mata apabila tewas 3-1 di tangan PJ City FC, pembantu jurulatih The Red Warriors (TRW), Rezal Zambery Yahya menegaskan dua aspek menjadi tumpuan yang perlu diperbaiki apabila mereka sekali lagi berdepan lawan sama, malam esok.

Tumpuan terutamanya adalah memperbetul barisan pertahanan kita. Selain itu, bahagian s3rangan juga perlu lebih tajam kalau kita mahu menang. Ini antara aspek yang ditekankan dalam sesi latihan.

sumber:- BH

“Kita harapkan Nurshamil (Abdul Ghani) dapat beraksi kerana dia pengg3mpur utama kita selepas kehilangan Jack (Hindle). Kita sentiasa positif kerana masih ada harapan (ke suku akhir) dan kita akan terus berjuang,” katanya.