Sukan

Isyarat bintang baharu Selangor FC

Susulan kejayaan Selangor FC membenam cabaran Kuching City 5-1 dalam saingan Piala Malaysia, dengan striker muda, Danial Asri, memberi isyarat bahawa kelibatnya di padang mampu menghadirkan g3run kepada lawan apabila menyempurnakan tanggungjawab sebagai pel3dak Gergasi Merah dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ semalam.

Biarpun Selangor turun tanpa Ifedayo Olesegun serta beberapa pemain muda yang terikat dengan tugasan kebangsaan, The Red Giants nampaknya tidak terjejas.

Empat gol di babak kedua menceritakan bisanya jentera s3rangan Selangor, apabila striker muda, Danial, mencuri tumpuan mel3dak dua gol,selain kembalinya striker prolifik, Shahrel Fikri, setelah berehat selama lima bulan kerana ker3takan tulang kaki turut membantu rakan sepasukan, Sean Selvaraj, menjaringkan gol terakhir Selangor.

Ini turut memberikan pilihan buat pengendali, Karsten Neitzel untuk membuat penggiliran bagi mengharungi jadual padat Piala Malaysia.
“Saya sangat bersyukur kerana dapat turun dalam kesebelasan utama. Saya sangat berbangga meraih dua jaringan dan satu assist,” kata Danial.

sumber:-astroarena

Kuching City ketika kian terdesak apabila selepas tiga perlawanan, mereka masih lagi belum mencapai sebarang kemenangan dan kini terperosok di dasar Kumpulan B.”Kami akan cuba untuk memperoleh mata ketika beraksi dalam perlawanan akan datang,” kata jurulatih Kuching City, Irfan Bakti.