Melaka United terpaksa bangkit tiga kali untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 3-3 dengan Kelantan United dalam aksi Piala Malaysia, sebentar tadi.
Kelantan United mendahului seawal minit ke-21 menerusi r3mbatan deras Yuki Tanagawa mengatasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Jaringan tersebut ternyata tidak memberikan buat Melaka yang berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian hasil percubaan leret Sony Norde.
Ketika Melaka dalam mengusakan jaringan kedua bagi, kegagalan pemain pertahanan mengawal bola digunakan dengan sebaik mungkin apabila Kelantan berjaya kembali mendahului pada minit ke-39 hasil gol daripada Alfusainey Gassama.
Sembilan minit perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua, Melaka kembali mengikat jaringan hasil sepakan percuma yang disempurnakan oleh S. Kumaahran.
Ternyata masalah daripada segi bertahan menjadi masalah utama bagi pasukan Liga Super itu apabila Shafizi Iqmal kembali meletakkan Kelantan mendahului pada minit ke-77 .
sumber:- astro arena
Enam minit sebelum tamat permainan, Melaka sekali lagi mengikat jaringan, Manuel Ott tenang mencari ruang sebelum melepaskan r3mbatan bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata di Kota Bharu.