Sukan

Satu Gol pun tidak bolos

‘Tanpa tewas, tanpa bolos’, itu modal skuad B22 negara mengisi slot ke pentas Kejohanan Asia B23 tahun sebaik muncul juara Kumpulan J di Ulaanbatar, Monggolia.

Gandingan tiga serangkai di pertahanan melibatkan Zikri Khalili, Harith Haiqal dan Azrin Afiq, gagal meruntuhkan gawang negara daripada dibolosi bersama dengan pengalaman yang ada pada penjaga gol, Azri Ghani.

Keputusan seri dalam aksi terakhir bertemu Thailand sudah cukup untuk menerbangkan pemain muda negara ke pentas Kejohanan Asia di Uzbekistan tahun hadapan.

“Malaysia merupakan pasukan terakhir tiba ke Mongolia bagi saingan ini namun keputusan yang diperoleh amat baik sekali,” kata jurulatih skuad B22 negara, Brad Maloney.

Kini bukan hanya nama Luqman Hakim Shamsudin yang menjadi sebutan, Azhad Harraz dan Azfar Fikri turut menjadi tumpuan sebagai pemain muda memiliki masa depan cerah dalam skuad negara.

Mempersiapkan pasukan dalam keadaan serba sederhana, Maloney menganggap kejayaan kali ini sebagai pencapaian menakjubkan daripada anak buahnya.

Perjalanan skuad negara tidak seperti Thailand mahupun Laos yang tiba lebih awal di Mongolia bagi menyesuaikan keadaan cuaca di sana namun ‘titik perubahan’ daripada anak buahnya dalam tiga perlawanan yang berlangsung begitu mengagumkan.

sumber:- astroarena

“Kami dibolosi satu jaringan sepanjang saingan dan usaha yang telah dipamerkan pasukan cukup membanggakan, kami mengakhiri saingan tanpa kekalahan, ia sesuatu yang cukup bagi kami.”