Sukan

Lee Tuck akui puas

Arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck akui puas selepas berjaya mel3dak dua gol penting pasukannya ketika menumpaskan Perak FC 4-1 pada aksi ketiga saingan Piala Malaysia Kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Malah pemain berdarah kacukan England-Malaysia itu hampir mencipta nama sebagai penjaring hatrik jika percubaannya pada awal babak kedua yang sebelum itu tertanduk pertahanan lawan diiktiraf jaringannya.

Menjaringkan dua gol pastinya detik terindah selain ianya membuatkan seseorang pemain tersenyum puas, lebih gembira jika gol kedua pasukan diiktiraf sebagai jaringan saya sekali gus dapat memahat nama sebagai penjaring hatrik musim ini.

Namun dua jaringan itu sudah menceriakan kem pasukan dan saya lebih-lebih lagi saya juga berjaya meledak satu gol ketika pasukan menumpaskan Kuching City FC (KCFC) 2-0 pada aksi pertama kumpulan dan satu jaringan lagi ketika menundukkan Selangor FC 2-1 pada aksi kedua.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi untuk meneruskan aksi terbaik dan cuba mengintai peluang untuk menjaringkan gol dengan baki tiga perlawanan lagi peringkat kumpulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, pemain pinjaman daripada pasukan Sri Pahang FC itu berkeyakinan TFC mampu melangkah lebih jauh lagi jika berjaya mengekalkan aksi konsisten dalam saingan kali ini.

Pada aksi malam tadi, pemain digelar ‘Rooney Ganu’ itu yang pernah diketepikan sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim ini sebelum ‘dirujuk’ kembali pada jendela kedua perpindahan pemain Mei lalu mel3dak gol ketiga dan keempat pasukan pada minit ke-54 dan 83.

sumber:- HM

Jaringan pertama diperolehi menerusi rembatan padu Mohd Faisal Halim pada minit kesembilan dan gol kedua hasil jaringan sendiri pemain lawan, Danish Haziq Saipul Hisham pada minit ke-47 manakala gol saguhati tuan rumah menerusi sepakan penalti Sergio Aguero pada minit ke-24.