Sukan

Kelantan FC belum mengalah

Kelantan FC belum mahu mengangkat ‘bendera putih’ walaupun mereka berdepan laluan sukar untuk lolos ke suku akhir Piala Malaysia selepas tunduk 1-3 di tangan PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Justeru, pertemuan dengan PJ City pada pusingan kedua peringkat Kumpulan D di Kota Bharu, Selasa ini menjadi perlawanan penting buat The Red Warriors (TRW) dan bakal menentukan nasib mereka dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya menegaskan bahawa pasukannya perlu sentiasa positif dan harapan untuk mereka melepasi peringkat kumpulan masih terbuka.

“Kita akan jumpa pasukan sama di pusingan kedua yang mana PJ City juga akan berkunjung ke Kota Bharu. Jadi pada saya, mahu tidak mahu sekurang-kurangnya perlu menang dua perlawanan untuk hidupkan harapan beraksi di suku akhir,” katanya selepas perlawanan, malam tadi.

Kekalahan di tangan skuad kendalian P Maniam menyaksikan TRW kekal di kedudukan tercorot kumpulan dengan mengumpul satu mata, manakala PJ City naik ke tangga kedua dengan empat mata.

Sementara itu, Maniam mengakui pasukannya belum boleh berasa selesa untuk ke suku akhir dan perlu meraih sekurang-kurangnya empat mata lagi dalam baki tiga perlawanan.

Malah, bekas pengendali Selangor itu menanggap aksi berdepan Kelantan di gelanggang lawan menjadi perlawanan penting untuk mereka mendapatkan kemenangan.

“Bukan mudah, kita akan bermain di tempat lawan dan mereka (Kelantan) ada penyokong, mereka lebih yakin dan mereka juga akan bermain habis-habisan. Jadi (peluang) 50-50, saya tak akan cakap kita boleh menang dekat sana, tapi segala kemungkinan boleh berlaku.

sumber:- BH

“Sudah pasti saya akan gembira sekiranya kami layak ke suku akhir, tapi bukan senang. Kita akan lawan Kelantan di tempat lawan, selepas itu jumpa JDT dan perlawanan terakhir men3ntang Sabah, kami kena merancang untuk medapat apa yang kami perlukan,” katanya.