Johor Darul Ta’zim (JDT) bersikap waspada dengan ancaman Sabah FC apabila kedua-dua pasukan itu bertembung bagi menyambung aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Likas, malam esok.

Bagi pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora, Sabah FC yang kini dibimbing Datuk Ong Kim Swee bakal tampil dengan permainan berbeza dan pastinya akan mengundang keresahan kerana tidak mengetahui dengan terperinci corak permainan bakal dipraktikkan bekas jurulatih Harimau Muda itu.

Katanya, walaupun JDT sudah mencipta dua kemenangan berturut-turut dan berada di tangga teratas namun barisan pemainnya tidak boleh terlalu selesa ketika rehat panjang bagi memberi laluan aksi persahabatan skuad Harimau Malaya dan harus tampil konsisten bagi mengekalkan momentum kemenangan.

Kita turun di Likas dengan misi untuk meneruskan rentak kemenangan tapi tidak boleh terlalu ghairah cari tiga mata sebaliknya tetap turun dengan corak permainan berhati-hati dan waspada dengan ancaman pasukan Sabah FC.

Saya tidak boleh jangkakan corak permainan yang bakal ditampilkan Sabah FC yang dibimbing Datuk Ong (Kim Swee) kerana ini perlawanan pertama saya berdepan jurulatih yang berpengalaman dan saya harap pemain JDT memberi sepenuh fokus untuk beraksi konsisten sepanjang 90 minit permainan.

“Ketika ini Sabah FC berada di kedudukan kedua Kumpulan D dan mereka pastinya mahu mengambil kesempatan memburu kemenangan tatkala beraksi di gelanggang mereka sendiri dan kami akan bersedia untuk berdepan pasukan itu,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi JDT yang hanya mampu menjaringkan tiga gol selepas mengharungi dua perlawanan, pengendali kelahiran Mexico itu tetap berpuas hati dengan kualiti permainan di posisi s3rangan walaupun pada aksi men3ntang Petaling Jaya City FC (PJ City FC), beliau tidak menyenaraikan Bergson Da Silva.

Tetap berpuas hati dengan persembahan pemain JDT kerana bukan jaringan yang disasarkan sebaliknya lebih mengutamakan corak permainan tersusun dan sentiasa mengawal permainan malah pemain perlu mengikut perancangan taktikal.

sumber:- BH

“Bukan kami tidak pernah jaringkan gol yang banyak ketika saingan Liga Super dan kami akan tetap berusaha untuk menjaringkan gol tapi apa yang penting bagi kami adalah kemenangan dan mengelak daripada kekalahan atau keputusan seri,” kata Mora.