Sukan

Skuad muda Negara laung amaran awal

“Semestinya kita mahu menang!”

Demikian tekad yang dilontarkan striker skuad Bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin menjelang aksi pertama pusingan kelayakan Piala Asia B-23 menentang Laos di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia, petang esok.

Bagaimanapun, striker KV Kortrijk itu tetap mengingatkan rakan sepasukannya supaya tidak memandang mudah ‘anc@man’ Laos meskipun kemenangan amat diperlukan dalam misi membuka kempen kelayakan dengan langkah kanan.

Selepas beberapa hari di sini, persiapan berjalan lancar dan mentaliti semua pemain sudah bersedia untuk berdepan Laos esok. Sudah pasti sasaran kita mahu menang dan tidak mahu seri serta kalah.

“Kami mahu menggembirakan rakyat Malaysia dan memberikan sesuatu untuk pasukan tetapi itu tidak bermakna kita boleh mengambil mudah perlawanan ini,” katanya dari Mongolia, hari ini.

Dalam masa sama, reputasi penjaring terbanyak Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 itu sudah tentu diperhatikan Laos dengan perhatian khusus pasti diberikan barisan pertahanan lawan pada aksi terbabit.

Situasi ini pasti menyaksikan penyerang berusia 19 tahun itu akan dirantai sepenuhnya bagi menghalang dia daripada menghasilkan sesuatu buat skuad negara.

Bagaimanapun, Luqman mengakui perkara itu bukanlah satu kebimbangan kerana apa yang penting adalah dia perlu mencari cara untuk meloloskan diri dan mengikut perancangan yang disusun barisan kejurulatihan.

“Saya tiada masalah dengan perkara ini. Mungkin itu adalah perancangan mereka tetapi barisan kejurulatihan kita pun ada perancangan tersendiri dengan permainan taktikal untuk Malaysia.

sumber:- BH

“Sebagai penyerang, sudah tentu saya perlu berdepan dengan situasi seperit ini jadi saya kena bermain dengan bijak dan tidak mengambil mudah,” katanya.