Kesihatan 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) adalah keutamaan pasukan ketika ini meskipun terpaksa akur tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini gara-gara hampir keseluruhan pemain dijangkit! C0VID-19, kata ketua jurulatih K Devan.

Beliau berharap pemain dan pegawai yang dijangkit! itu segera pulih walaupun prestasi pasukannya berada dalam tahap terbaik ketika menghadapi persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.

Ketika ini semua pemain dan pegawai yang positif C0VID-19 sedang menjalani kuarant!n di rumah masing-masing, selain turut dipantau oleh petugas kesihatan.

“Keputusan tidak meneruskan saingan Piala Malaysia ini (dibuat) selepas mengambil kira tempoh pasca-C0VID-19 yang memerlukan sekurang-kurangnya seminggu atau lebih untuk kembali kepada keadaan normal,” katanya.

Devan berkata penularan jangk!tan itu dalam pasukan hasil ujian pengesanan RT-PCR pada 18 Oktober lalu susulan terdapat seorang pemain mengalami gejala d3mam.

Beliau berkata ujian itu dilakukan sehari selepas perlawanan persahabatan men3ntang Penang FC yang dibatalkan pada 17 Oktober.

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan pemain untuk mengetahui keadaan kesihatan mereka dari semasa ke semasa dan setakat ini mereka hanya perlu kuarant!n di rumah,” katanya yang tidak dijangkiti pand3mik itu.

Media semalam melaporkan juara Liga Perdana 2021 itu tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia selepas 20 pemain serta empat pegawainya disahkan positif C0VID-19.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiga pasukan dalam Kumpulan C mendapat kemenangan percuma 3-0 selepas NSFC tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia susulan hampir seluruh pemain dijangkit! wabak berkenaan.

Katanya, keputusan itu diambil dengan merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan Piala Malaysia 2021.

Turut berada dalam Kumpulan C adalah Kedah Darul Aman (KDA) FC yang memperoleh enam mata selain Melaka United dan Kelantan United masing-masing mendapat tiga mata percuma.

Dalam baki empat perlawanan peringkat kumpulan, NSFC dijadual bertemu Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 29 Oktober dan di Stadium Darul Aman, Alor Setar (2 November), Melaka United di Paroi (6 November) dan Kelantan United di Paroi (9 November).

sumber:- BH

Juara tiga kali itu yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011 menduduki tempat ketiga Kumpulan C dengan tiga mata, selepas tewas 2-0 kepada Melaka United dan menang 1-0 ke atas Kelantan United.