Bermula dengan hanya dua pemain sahaja dijangkit! C0vid-19 sebelum mer3bak lalu menjangk!ti lebih ramai dalam pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) sekali gus menyebabkan juara Liga Perdana itu dikuarant!n sementara.

Situasi terbabit didedahkan sumber dalam pasukan terbabit apabila pemain yang dijangkit! C0vid-19 itu dikatakan menyertai pasukan walaupun tahap kesihatannya tidak menentu.

Katanya, NSFC ‘dis3rang’ varian d3lta menyebabkan pand3mik terbabit cepat tersebar di kalangan pemain dan pegawai pasukan.

Tambahnya, ketika ini pengurusan NSFC masih lagi dalam siasatan bagi mengenalpasti punca pemain berkenaan dijangkit! C0vid-19 namun tidak menolak kemungkinan terdapat kontak dengan individu luar.

Apa yang boleh saya kongsikan situasi berlaku sebelum perlawanan persahabatan menentang Penang FC sepatutnya berlangsung 17 Oktober lalu apabila barisan pemain melakukan pemeriksaan sebelum mendapati ada antara mereka tidak sihat.

Bimbang gejala terus menular, pengurusan membatalkan perlawanan itu dan pemeriksaan kali kedua mendapati pemain berkenaan positif C0vid-19 dan beberapa hari kemudian rakan mereka pula.

“Sekarang ini, semua pemain berada dalam keadaan baik dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dijangkit! kelak,” katanya yang enggan mendedahkan nama pemain terbabit.

Terdahulu Arena Metro melaporkan NSFC boleh dikatakan ‘lumpvh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif C0vid-19 baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.

Selepas juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang apabila perlu menjalani kuarant!n wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

sumber:- HM

Katanya, perlawanan persahabatan yang sepatutnya berlangsung dalam tempoh terdekat ini termasuk membabitkan Kuching FC pada Rabu lalu turut dibatalkan.