Sukan

Elak terjejas, Maklum secara sulit

Pemain Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan isu tunggakan gaji boleh berhubung secara rahsia dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya sedia membantu mana-mana pemain yang memerlukan bantuan berkaitan masalah berkenaan.

Difahamkan ketika ini kebanyakan pemain yang berdepan masalah tunggakan gaji bimbang membuat aduan secara terbuka kerana khuatir kedudukan mereka dalam pasukan terjejas atau dikenakan tindakan oleh kelab.

Saya rasa banyak sebab yang perlu dipertahankan pemain profesional, jadi mereka ada hak sendiri. FAM, MFL dan juga PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) yang saya sudah hubungi sedia membantu.

Tapi, langkah pertama mesti datang dari pemain sendiri. Kalau mereka tak tampil ke hadapan, kita tak boleh cari mereka dan mereka mesti datang kepada kita.

“Dalam langkah (pertama) ini pergerakan sulit boleh dilakukan dengan MFL, dengan unit perundangan FAM juga yang mana-mana pemain boleh berhubung secara svlit dengan individu dalam sistem kalau risau atau takut keluarkan nama sendiri,” katanya.

Sebelum ini, BH Sukan melaporkan Sarawak United FC didakwa berdepan masalah tunggakan gaji hingga ada pemain yang meng@ncam untuk membawa kes itu ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu, Stuart yang juga bekas Setiausaha Agung FAM menjelaskan pihaknya akan melindungi pemain yang membuat aduan berkaitan isu tunggakan gaji.

Sudah pasti (pemain itu akan dilindungi), tapi kita tahu perundangan adalah membabitkan dua pihak. Tidak bermakna seorang yang mengadu adalah salah atau tidak salah.

sumber:- BH

“Aduan akan diambil, siasatan dan komunikasi akan dilakukan tanpa perlu rujuk kepada seorang nama atau pemain, tetapi boleh dilaksanakna secara rahsia. Tapi proses itu bukan semata-mata dia yang melapor bahawa dia betul, tidak bermakna pasukan salah,” katanya.