Sukan

Tabik skuad Bawah 22 Tahun Negara

Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak memuji persembahan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara ketika pasukan kendaliannya tewas 0-2 dalam aksi persahabatan di Padang Arena Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Isnin.

Menurutnya, pemain muda negara memberikan t3ntangan cukup sengit kepada pemain Kedah selain menampilkan persembahan bertenaga untuk mencatat kemenangan ke atas naib juara Liga Super itu.

Pasukan B-22 mereka sentiasa memberikan sehabis baik dengan objektif untuk mendapatkan match fitness. Mereka juga tidak berada dalam tekanan untuk bermain bola sepak yang baik.

“Mereka juga apabila bermain dengan pasukan hebat, mereka sentiasa mahu menunjukkan sesuatu dan memberikan segalanya. Sangat bagus untuk mendapatkan permainan yang berkualiti seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Aidil turut menjelaskan beliau menurunkan dua pasukan berbeza dalam perlawanan tersebut untuk memberikan minit bermain kepada semua pemain.

Objektif kami adalah untuk mendapatkan match fitness. Pada separuh masa pertama kami menggunakan semua pemain muda daripada pasukan Piala Presiden. Pada separuh masa kedua kami lakukan beberapa pertukaran untuk membolehkan pemain senior mendapat minit bermain.

Secara keseluruhan saya gembira dan berpuas hati dengan persembahan pemain dan tidak dilupakan kami juga masih kehilangan beberapa pemain utama. Kami juga sudah lama tidak bermain di atas padang tiruan dan ia tidak mudah,

sumber:- SH

“Dalam perlawanan ini juga saya mahu mencuba barisan pemain selain kami juga perlu menghadapi beberapa perlawanan dalam waktu singkat. Jadi, saya tidak boleh menggunakan pemain utama dalam setiap perlawanan dan sebab itu saya membuat beberapa pertukaran,” katanya.