Sukan

Kenapa dengki sangat

Sarawak United tampak bakal terselamat daripada diheret ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memandangkan mereka sudah melunaskan ‘hutang’ bagi sebulan gaji kepada pemain import mereka.

Situasi ini sekali gus menyaksikan dua pemain import yang menghantar notis kepada pengurusan dijangka terus kekal bersama pasukan itu sehingga penghujung musim memandangkan tunggakan sudah dijelaskan sedikit demi sedikit.

Perkembangan itu disahkan Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais yang menjelaskan pengurusan ‘The Crocs’ turut melunaskan tunggakan hampir sebahagian besar gaji pemain pada minggu ini dengan ada yang bakal diselesaikan pada minggu depan.

Kelmarin saya sudah selesaikan enam cek. Kita juga sudah selesaikan untuk mereka yang bergaji kecil. Apa yang pasti kita akan cuba selesaikan tunggakan itu sebelum bermulanya perlawanan Piala Malaysia nanti.

Kita juga sudah selesaikan tunggakan gaji pemain import semalam (kelmarin), jadi hanya tinggal sebulan setengah lagi. Bagaimana kes ini akan dibawa ke FIFA? Kita juga berikan wang pendahuluan kepada pemain.

Tunggakan baru dua bulan setengah tetapi riuh sekampung sedangkan ada pasukan lain yang tertunggak lebih lama. Pemain yang lama dengan saya akan faham situasi seperti ini.

“Kenapa dengki sangat dengan Sarawak United? Kalau mahu jatuhkan Sarawak United dengan cara kotor, buruk padahnya nanti,” katanya.

Pada masa sama, Posa turut mengharapkan pemain dapat memahami situasi semasa terutamanya dengan kesan pand3mik C0VID-19 yang pasti memberi impak kepada kantung semua pasukan Liga Malaysia (Liga M).

“Sepanjang tempoh C0VID-19, semua pasukan tidak mampu menjana kewangan daripada jualan tiket kepada penonton. Tetapi kita sentiasa mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan tunggakan ini,” katanya.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan naib juara Liga Perdana itu berdepan potensi kehilangan dua tonggaknya selepas mereka sah mengemukakan surat tuntutan berhubung tunggakan gaji selama dua bulan setengah kepada pengurusan pasukan itu.

Peguam yang mewakili dua pemain itu, Zhafri Aminurashid menjelaskan pasukan terbabit diberi peluang untuk melunaskan tunggakan berjumlah ratusan ribu itu sebelum Jumaat ini.

sumber:- BH

Jelas Zhafri, kegagalan Sarawak United untuk menyelesaikan tunggakan itu berkemungkinan akan menyaksikan kontrak pemain itu dibatalkan dan mereka diheret ke badan induk antarabangsa itu.