Sukan

Takziah buat Nik Akif Syahiran

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkongsi kes3dihan dan mengucapkan takziah kepada pemain bawah 23 (B-23) tahun negara, Nik Akif Syahiran di atas pemergian bapa tersayang, Nik Mat Yusof yang men!nggal dunia, pagi ini.

FAM menghulurkan salam takziah kepada pemain skuad kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat atas pemergian bapanya, Nik Mat Yusof yang kembali ke rahmatullah, pagi tadi.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengampuni segala dosa roh Allahyarham, memuliakan kemat!annya dengan menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal yang abadi. Aamiinn. Al-Fatihah.”

Nik Akif, 22, adalah antara tonggak utama skuad B-23 menjelang Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia bermula Isnin depan.

sumber:- HM

Skuad negara dijadual berangkat ke Mongolia pada malam esok dan pastinya berita pemergian bapanya itu cukup meny3dihkan buat tonggak tengah yang beraksi bersama Terengganu FC di Liga Malaysia itu.