Sukan

Seluruh peminat bola sepak negara diharap doakan

Seluruh peminat bola sepak negara diharap agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibunda tercinta pemain sayap skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid yang disahkan p0sitif C0vid-19.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Safawi itu, dia mengajak semua peminatnya untuk mendoakan kesihatan ibunya, Salemeh Abu Bakar.

“Assalamualaikum. Doakan ibuku tercinta #positifc0vid,” tulis pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Status bekas pemain kelab di Liga Portugal, Portimonense SC itu menyaksikan ramai peminat yang mendoakan kesejahteraan ibunya termasuk rakan sepasukan di JDT serta anggota skuad Harimau Malaya.

Antaranya Safiq Rahim, Hazwan Bakri, Akhyar Rashid yang masing-masing menulis, “Semoga cepat sembuh”.

Tidak ketinggalan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang turut menitipkan doa buat ibu Safawi.

“Semoga dipermudahkan champ (juara), InsyaAllah Amin,” kata Hafizh.

sumber:- HM

Hasil perkongsian itu, sejumlah 463 komen ditinggalkan peminatnya yang mendoakan dan berharap Safawi dan seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan ini.