Sukan

“Saya tidak menyekat keinginan pemain” — Nafuzi

Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, rela beraksi tempang untuk baki perlawanan kumpulan Piala Malaysia daripada mengetepikan bakat pemain mudanya.

Ini merujuk kepada situasi skuad peteh yang mungkin kehilangan sekurang-kurangnya enam pemain yang akan memperkuat skuad B22 negara.Ia bagi kempen kelayakan Piala Asia B23 di Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober ini membabitkan pemain seperti Hakimi Abdullah, Nik Akif Syahiran dan Azam Azmi Mura

Nafuzi ketika memberi perkongsian lanjut kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menegaskan keputusan itu dibuat kerana tanggungjawabnya sebagai jurulatih.

“Ini adalah peluang mereka daripada meraih pengalaman di pentas antarabangsa. Dengan pemain yang ada, saya tetap yakin dengan kemampuan pasukan,” kata Nafuzi.

sumber:- astro arena

“Saya tidak menyekat keinginan pemain dan mahu memastikan hubungan saya bersama pemain positif dan itu semestinya dapat diterjemahkan di atas padang buat Terengganu.”