Sukan

Penyokong Terengganu punca Mintah semakin membara

Perasaan ingin mendakap trofi Piala Malaysia semakin membara buat striker Terengganu FC II Jordan Mintah selepas dia mula memahami sejarah sebenar kejohanan berprestij itu.

Pemain kelahiran Ghana itu mengakui pada awalnya tidak mengetahui lebih mendalam sejauh mana prestijnya kejohanan Piala Malaysia ini sehinggalah penyokong Terengganu mula memberi gambaran sebenar betapa besar ertinya trofi ini buat setiap pemain yang pernah memenanginya.

Justeru, melihat situasi berkenaan Mintah menanam azam untuk membvru trofi itu buat penyokong Terengganu yang nyata menanti selama 20 tahun selepas kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001.

Sebenarnya saya mula tahu mengenai sejarah Piala Malaysia ini apabila ada penyokong yang mesej saya dan menceritakan kepada saya bahawa ini adalah kejohanan yang paling besar berbanding lain.

Jadi, mereka nak saya tolong pasukan untuk mendapatkan trofi ini dan juga memberitahu saya betapa istimewanya piala ini untuk mereka.

“Sudah pasti apabila saya tahu, saya semakin bersemangat untuk melakukan yang terbaik bagi menghadiahkan piala ini kepada penyokong sebab pada mulanya, saya tidak dapat gambaran sebenar sejauh mana bermaknanya piala ini,” katanya.

Mintah yang kini berlatih di bawah bimbingan Nafuzi Zain untuk bantu pasukan dalam Piala Malaysia beri jaminan tidak akan melepaskan peluang yang diberi walaupun sebelum ini pernah dihimpit kec3deraan.

Selaku penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 16 gol, pemain berusia 26 tahun ini akan cuba sebaik mungkin untuk cuba mel3dak jaringan seperti mana yang pernah dia lakukan ketika menggantikan David da Silva pada awal musim untuk meraih tiga jaringan di pentas Liga Super.

Saya rasa disebabkan C0vid-19 pada musim lalu, saya tidak begitu dikenali dan tidak pernah dipinjamkan ke skuad utama pun, jadi saya tidak ada peluang yang besar untuk menonjol.

“Tetapi berbeza untuk musim ini apabila mendapat kepercayaan Nafuzi Zain untuk bantu mereka pada awal musim dan kali ini pula di Piala Malaysia, jadi sudah tentu saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

sumber:- HM

Terengganu FC kini konsisten di kedudukan teratas Kumpulan B TM Piala Malaysia selepas menang dua perlawanan berturut-turut dan akan menentang Perak FC pula pada 30 Oktober ini untuk perlawanan ketiga.