Sukan

Seorang lagi ubi muda TFC di panggil

Kec3deraan dialami Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri ketika aksi persahabatan men3ntang Negeri Sembilan FC pada Selasa lalu akhirnya membuka peluang buat Nur Azfar Fikri menyertai skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Jelas pengendali skuad B-23, Brad Maloney, beliau memberi peluang buat Azfar dari pasukan Terengganu II untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Aysar ekoran kec3deraan.

Saya memanggilnya (Azfar) lewat malam tadi (kelmarin) untuk dia menggantikan Aysar yang mengalami kec3deraan. Saya akan memberi peluang buatnya dalam latihan dan dua aksi persahabatan yang kita akan harungi esok (hari ini) dan Isnin depan.

“Dia seorang pemain yang ‘versatile‘ boleh beraksi di bahagian tengah dan pertahanan. Saya mahu lihat kualiti yang ada padanya seperti mana ketika dia bermain bersama Terengganu II di Liga Perdana.

“Dia sudah bersama pasukan pagi ini (pagi semalam) dan saya mahu lihat lagi dalam sesi berikutnya sebelum memutuskan pemain yang akan dibawa ke Mongolia,” katanya.

Ketika ini, skuad muda negara dalam tempoh latihan fasa terakhir menjelang kempen Kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di mana Malaysia di letakkan dalam Kumpulan J.

Skuad negara akan beraksi di Ulaanbaatar, Mongolia bersama-sama tuan rumah, Laos dan Thailand bagi merebut kedudukan selaku juara kumpulan untuk layak secara automatik ke pusingan akhir di Uzbekistan pada tahun depan.

sumber:- HM

Bagi mempersiapkan pasukan, skuad kendalian Maloney dijadual mengharungi dua lagi aksi persahabatan iaitu berdepan Penang FC di Subang Jaya hari ini dan Kedah Darul Aman FC pada Isnin depan.