Sukan

Ketiadaan Beliau resahkan Datuk Ong Kim Swee

PASUKAN Sabah FC berada dalam situasi sukar bagi menghadapi baki saingan Piala Malaysia 2021 selepas striker utamanya, Saddil Ramdani mengalami keced3raan pangkal paha yang serius.

Difahamkan, pemain import Indonesia itu terpaksa melupakan Piala Malaysia musim ini apabila perlu menjalani rawatan serta proses pemulihan yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan.

Situasi itu sekali gus membuatkan ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berada dalam dilema biarpun tidak meletakkan sasaran tertentu dalam kejohanan paling berprestij tanah air itu.

Justeru, beliau yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pemain-pemain lain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Saddil.

Bukan sahaja Saddil, malah Maxsius Musa dan Rawilson Batuil juga mengalami kece­d3raan dan ia sudah pasti memberi kesan kepada Sabah dalam baki perlawanan saingan Piala Malaysia musim ini.

sumber:belumtengok.com

“Bagaimanapun, saya percaya pemain-pemain muda serta pemain senior lain se­perti Amri Yahyah, Nazirul Naim serta N. Thanabalan mampu menggalas tanggungjawab itu nanti,” kata pengendali dari Melaka itu.