Sukan

Kehadiran bukan sekadar pelengkap

Walaupun kali pertama dipanggil menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23), penjaga gol muda Terengganu FC II (TFC II), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin mahu membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap.

Sebaliknya penjaga gol berusia 22 tahun kelahiran Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus itu tekad untuk menempatkan diri dalam senarai 23 pemain yang bakal terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober ini dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-23 Kumpulan J bagi merebut tempat ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan.

Justeru bekas murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal itu berazam untuk pikat pengendali kebangsaan, Brad Maloney walaupun sedar bukan tugas mudah buatnya untuk berbuat demikian.

“Biarpun kali pertama dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan B-23, dengan bakat yang ada saya tekad memperagakan aksi terbaik untuk membvru tempat dalam skuad kebangsaan.

“Bagaimana saya perlu bekerja lebih keras lagi untuk membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan sebenar walaupun pernah beraksi ketika aksi persahabatan men3ntang Negeri Sembilan Selasa lalu,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, penjaga gol utama skuad TFC II kendalian Badrul Afzan Razali itu bagaimanapun akui perlu bersaing secara sihat dengan dua lagi penjaga gol berpengalaman, Muhammad Azri Ghani dari Perak FC dan penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

“Semua pemain mempunyai peluang seimbang untuk disenaraikan dalam senarai akhir 23 pemain, jadi ia sebagai motivasi untuk saya kekal konsisten walaupun ini pengalaman pertama saya bersama skuad B-23.

Jika diberi peluang untuk membuktikan kemampuan, Insya-Allah saya akan perbaiki kekurangan yang ada demi negara,” kata bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Kuala Terengganu itu.

Pada aksi persahabatan pertama men3ntang Negeri Sembilan yang berkesudahan dimenangi skuad Hobin Jang Hobin 2-1, pemain berketinggian 1.80 meter itu beraksi cemerlang dalam kesebelasan utama pasukan sebelum diganti Sikh Izhan Nazrel pada babak kedua.

sumber:-HM

Pada malam ini skuad itu bakal bertembung dengan Penang FC di Subang Jaya pada aksi persahabatan kedua sebelum menamatkan siri ujian dengan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) pada Isnin depan.