Sukan

Kejadian yang tidak sepatutnya berulang

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tidak mahu anak buahnya terkena ‘penyak!t sama’ dalam kempen Piala Malaysia musim ini seperti yang pernah dialami mereka pada penghujung Liga Super yang lalu.

Justeru, Nafuzi menegaskan dua kemenangan yang diraih skuad Penyu setakat ini belum boleh melegakan mereka kerana ‘trag3di’ di Liga Super sebelum ini memberi pengajaran berguna buat pasukan itu dalam mengharungi saingan Piala Malaysia.

Pada kempen Liga Super, TFC selesa berada pada kedudukan naib juara menghampiri hujung saingan sebelum kegagalan meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga keempat.

Kita memang berada pada landasan yang tepat dengan dua kemenangan, namun berbaki empat perlawanan lagi, apa sahaja boleh jadi sekiranya kita tidak fokus.

“Harap perjalanan kami sentiasa lancar dan tiada halangan apa-apa untuk menuju ke suku akhir kerana sebelum ini kita banyak kehilangan mata di penghujung liga.

“Jadi, saya tidak mahu benda sama berlaku lagi dalam Piala Malaysia dan kita tidak boleh kehilangan mata pada saat-saat akhir,” katanya

Sebagai rekod, juara Piala Malaysia 2001 itu mendahului Kumpulan B dengan enam mata, tiga mata mengatasi Selangor FC (SFC) di tangga kedua, disusuli Perak FC dan Kuching City FC yang masing masing menghimpun satu mata.

sumber:- BH

Kali terakhir mereka ke final adalah pada musim 2018, namun sekadar bergelar naib juara apabila tewas menerusi sepakan penentuan penalti di tangan Perak selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam 120 minit.