Sukan

Luqman dia buat kerja ‘kotor’ langgar sana sini

Skuad kebangsaan akan rugi besar sekiranya tidak menggunakan sentuhan Luqman Hakim Shamsudin sebagai s3njata utama Harimau Malaya!

Itu tegas bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh yang menyifatkan sudah tiba masanya peny3rang muda kelab Belgium, KV Kortrijk itu diberikan tugas besar di bahagian s3rangan oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe.

“Nampak perubahan Luqman ketika di Malaysia dengan Luqman di Belgium. Tengok sentuhan dan kegigihan dia. Dia buat kerja kotor, bertahan, kejar pemain pertahanan (lawan), langgar sana sini dan dia tak malas macam sesetengah pemain yang mana bila tiada bola, berjalan saja.

“Saya tengok dia semakin meningkat. Soal main atau tak (bersama KV Kortrijk), jangan dipertikai. Ramai juga pemain simpanan di Liga Malaysia pun dapat wakili Harimau Malaya.

“Memang sudah sampai masa kita perlukan striker seperti Luqman. Ada masa tertentu dalam kerjaya bola sepak seseorang pemain dan kalau tak diberi peluang, masa itu akan berlalu dan kita akan rugi besar,” katanya kepada BH Sukan.

Sumber : BH

Selain itu, Shebby yang juga pengulas dan pengkritik bola sepak turut menganggap Baddrol Bakhtiar, Faisal Abdul Halim dan Syafiq Ahmad boleh menjadi pemain utama untuk Harimau Malaya pada saingan Piala AFF, hujung tahun ini.