Sukan

Skuad B23 negara tumpas aksi pertama

Skuad Bawah 23 tahun negara (B23) tumpas 1-2 pada aksi persahabatan men3ntang juara Liga Perdana 2021, Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya, sebentar tadi.

Jelas sekali banyak kerja yang perlu dilakukan pengendali skuad B23 Brad Maloney dalam usaha membentuk gandingan mantap terutama membabitkan barisan pertahanan dan jentera serangan.

Pada perlawanan petang tadi, gol skuad bimbingan Maloney dijaringkan striker, Azhad Harraz Arman pada minit ke 11.

Gol berpunca dari kegagalan penjaga gawang NSFC, Damien Lim menangkap kemas bola sebelum disambar Azhad untuk meletakkan pasukan di depan dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, NSFC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Thierry Akono pada minit ke 46.

S3rangan berterusan NSFC nyata memberikan tekanan buat skuad B23 negara dan terpaksa akur dengan gol kedua yang dijaringkan R Barathkumar pada minit ke 81.

Selepas ini skuad B23 akan menentang Penang FC pada 15 Oktober dan perlawanan terakhir bertemu Kedah Darul Aman FC selang tiga hari kemudian.

sumber:-HM

Skuad B23 negara dalam persediaan untuk mengharungi perlawanan Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B23 di Ulaanbaatar, Mongolia bermula 27 hingga 31 Oktober ini.