Sukan

Satu kerugian yang besar

Skuad kebangsaan akan rugi besar sekiranya tidak menggunakan sentuhan Luqman Hakim Shamsudin sebagai s3njata utama Harimau Malaya!

Itu tegas bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh yang menyifatkan sudah tiba masanya striker muda kelab Belgium, KV Kortrijk itu diberikan tugas besar di bahagian s3rangan oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Mengambil kira prestasi ketika aksi persahabatan berdepan Uzbekistan, Sabtu lalu, Serbegeth atau lebih mesra disapa Shebby menganggap Luqman sebagai pemain yang harus bermain setiap perlawanan untuk Harimau Malaya.

Nampak perubahan Luqman ketika di Malaysia dengan Luqman di Belgium. Tengok sentuhan dan kegigihan dia. Dia buat kerja kotor, bertahan, kejar pemain pertahanan (lawan), langgar sana sini dan dia tak malas macam sesetengah pemain yang mana bila tiada bola, berjalan saja.

Saya tengok dia semakin meningkat. Soal main atau tak (bersama KV Kortrijk), jangan dipertikai. Ramai juga pemain simpanan di Liga Malaysia pun dapat wakili Harimau Malaya.

Luqman memang ada potensi, kalau kita tak beri peluang untuk dia menyerlah, kita akan rugi besar. Ia kerana kita akan bvnuh semangat dan menyekat perkembangan pemain muda yang begitu dinamik.

“Memang sudah sampai masa kita perlukan penyerang seperti Luqman. Ada masa tertentu dalam kerjaya bola sepak seseorang pemain dan kalau tak diberi peluang, masa itu akan berlalu dan kita akan rugi besar,” katanya kepada BH Sukan.

Aksi berdepan Uzbekistan menyaksikan Luqman disenarai dalam kesebelasan utama skuad senior Harimau Malaya buat kali pertama sebelum digantikan dengan Guilherme De Paula pada babak kedua.

Selain itu, Shebby yang juga pengulas dan pengkritik bola sepak turut menganggap Baddrol Bakhtiar, Faisal Abdul Halim dan Syafiq Ahmad boleh menjadi pemain utama untuk Harimau Malaya pada saingan Piala AFF, hujung tahun ini.

“Apa yang saya nampak Baddrol pemain penting bagi Malaysia. Luqman harus bermain setiap perlawanan, Faisal pemain yang boleh menyengat lawan dan Syafiq pula saya memang selalu terperanjat apabila tengok nama dia tiada dalam kesebelasan utama.

sumber:- BH

“Posisi bek kiri dan kanan, saya berasa Rizal (Ghazali) dan Arif Fadzilah Abu Bakar adalah pemain gantian atau sokongan buat Matthew Davies dan La’Vere Corbin-On. Mereka boleh jadi pemain simpanan yang baik,” katanya.