Skuad Harimau Malaya tampak terpaksa meng0rbankan kalendar antarabangsa bulan depan susulan aksi persahabatan yang boleh diadakan dari 5 Disember hingga 1 Januari depan itu bertembung dengan kempen Piala Malaysia.

Pengurusan skuad kebangsaan, bagaimanapun, tetap komited apabila berusaha mendapatkan satu perlawanan pada awal Disember depan buat anak buah Tan Cheng Hoe itu melakukan persediaan akhir sempena Piala AFF.

“Kalau boleh selewat-lewatnya kami mahu mengatur perlawanan pemanas badan pada 3 Disember. “(Lagipun) pasukan yang jauh agak sukar datang ke sini sebab perlu menjalani kuarant!n, ” kata pengurus skuad negara, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

sumber:- astro arena

Saingan Piala Malaysia tampak sukar ditunda memandangkan rata-rata kontrak pemain Liga Malaysia (Liga-M) berakhir hujung bulan depan.Skuad negara selamat tiba di tanah air hari ini selepas perlawanan antarabangsa membabitkan Jordan dan Uzbekistan di Amman dan mereka akan menjalani proses kuarant!n, namun tetap akan meneruskan latihan dalam gelembung di venue tertutup.