Setelah kempunan jaringan gol dalam beberapa perlawanan siri persahabatan antarabangsa, skuad negara akhirnya berjaya memecahkan angka kosong dengan jaringan berdepan Uzbekistan.

Seperti dijangka, skuad Harimau Malaya tewas dengan jaringan besar 1-5 di tangan Uzbekistan pada aksi persahabatan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, sebentar tadi.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan di bahagian s3rangan berbanding ketika berdepan Jordan, Rabu lalu apabila merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Syafiq Ahmad.

Ia sekali gus menyaksikan impian peminat untuk melihat Luqman Hakim Shamsudin buat kali pertama berada dalam kesebelasan utama tercapai. Harimau Malaya bagaimanapun hanya mampu bertahan 17 minit sebelum Uzbekistan memperoleh gol pembukaan menerusi penyudah Dostonbek Khamdamov.

Penguasaan Uzbekistan berterusan apabila Khamdamov sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-29 sebelum Husain Norchaev menambah gol ketiga, empat minit kemudian.

Tidak dinafikan aksi dipamerkan Uzbekistan lebih berkualiti, namun dapat dilihat ada perubahan positif dalam persembahan Harimau Malaya jika dibandingkan ketika tewas 0-4 di tangan Jordan dengan Faisal Halim dilihat antara pemain paling menonjol.

Mempamerkan aksi lebih baik terutama di penghujung babak pertama yang menyaksikan Harimau Malaya memperoleh gol pertama pada masa kec3deraan hasil jaringan Baddrol Bakhtiar yang melakukan tindakan susulan selepas rembatan Faisal terkena tiang. Ini merupakan satu – satunya gol yang di jaringkan Malaysia dalam edisi persabatan di Jordan.

sumber:- BH

Kelekaan benteng pertahanan Harimau Malaya sekali lagi dihukum apabila Ibrokhimkhalil Yuldashev mel3dak gol pada minit ke-68, sebelum Azizbek Amanov melengkapkan kemenangan bergaya Uzbekistan dengan menyumbang jaringan kelima pada minit ke-88.