Sukan

Saham Faisal Halim terus melonjak

Tidak dinafikan pemain yang paling menonjol untuk pasukan Malaysia adalah tidak lain dan tidak bukan Faisal Halim. Faisal lansung tidak gugup dan kerap kali mencemaskan pasukan Uzbekistan. Walaupun tewas  ia adalah pengalaman paling bermakna untuk barisan skuad Negara.

Seperti dijangka, skuad Harimau Malaya tewas dengan jaringan besar 1-5 di tangan Uzbekistan pada aksi persahabatan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam tadi.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melakukan rombakan di bahagian s3rangan berbanding ketika berdepan Jordan, Rabu lalu apabila merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula dan Syafiq Ahmad.

Ia sekali gus menyaksikan impian peminat untuk melihat Luqman Hakim Shamsudin buat kali pertama berada dalam kesebelasan utama tercapai.

Harimau Malaya bagaimanapun hanya mampu bertahan 17 minit sebelum Uzbekistan memperoleh gol pembukaan menerusi penyudah Dostonbek Khamdamov.

Penguasaan Uzbekistan berterusan apabila Khamdamov sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-29 sebelum Husain Norchaev menambah gol ketiga, empat minit kemudian.

Tidak dinafikan aksi dipamerkan Uzbekistan lebih berkualiti, namun dapat dilihat ada perubahan positif dalam persembahan Harimau Malaya jika dibandingkan ketika t3was 0-4 di tangan Jordan dengan Faisal Halim dilihat antara pemain paling menonjol.

Mempamerkan aksi lebih baik terutama di penghujung babak pertama yang menyaksikan Harimau Malaya memperoleh gol pertama pada masa kec3deraan hasil jaringan Baddrol Bakhtiar yang melakukan tindakan susulan selepas rembatan Faisal terkena tiang.

sumber : BH

Kelekaan benteng pertahanan Harimau Malaya sekali lagi dihukum apabila Ibrokhimkhalil Yuldashev mel3dak gol pada minit ke-68, sebelum Azizbek Amanov melengkapkan kemenangan bergaya Uzbekistan dengan menyumbang jaringan kelima pada minit ke-88.