Sukan

Lejen rasa De Paula perlu turun

Bekas pengg3mpur utama Harimau Malaya, Safee Sali, berasakan skuad negara ketika ini tiada pilihan selain bergantung harap kepada striker naturalisasi, Guilherme De Paula.

Malaysia tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi persahabatan di Amman malam kelmarin.

Selain kepincangan di bahagian pertahanan, jentera s3rangan Harimau Malaya, yang diketuai De Paula, juga kelihatan tumpul sepanjang 90 minit.
De Paula kerap menjadi mangsa kr!tikan peminat bola sepak negara sejak dia turun buat kali pertama selaku pemain naturalisasi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Ramai beranggapan De Paula, 34, sudah terlalu tua dan tidak cukup bagus untuk diandalkan di peringkat antarabangsa tetapi bagi Safee, mahu tidak mahu, Malaysia perlu bergantung harap kepada pemain kelahiran Brazil itu kerana kekurangan strikertulen dalam kalangan pemain tempatan buat ketika ini.

Safee berkata kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom: “Kita tahu sukan bola sepak ini dimainkan secara berpasukan. Memang sokongan daripada rakan sepasukan juga amat penting tetapi apa yang dapat dilihat secara ketara adalah kita memang kekurangan striker tulen tempatan dan tiada keagresifan di bahagian s3rangan, jadi pihak lawan memang tidak akan melonggarkan pertahanan mereka.

sumber:- astro arena

“Kita perlu mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menentang pertahanan lawan, melakukan percubaan dari sudut mana sekalipun untuk memberikan rasa ketakutan buat pihak lawan,” katanya.Malaysia seterusnya akan berdepan Uzbekistan dalam aksi persahabatan kedua di venue sama, lewat malam esok.