Sukan

Cheng Hoe masih berahsia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe masih belum memutuskan siapa yang akan menggalas tugas sebagai pel3dak utama bagi aksi persahabatan berdepan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, malam ini.

Apa yang pasti, tiga nama striker skuad Harimau Malaya sedang bermain di fikiran Cheng Hoe ketika ini iaitu pemain naturalisasi, Guilherme De Paula, Syafiq Ahmad dan bintang muda, Luqman Hakim Shamsudin.

Bekas pengendali Kedah itu berkata, barisan jurulatih masih menilai siapa yang akan diletakkan dalam kesebelasan utama dan sesuai dengan taktikal untuk berdepan Uzbekistan.

Sama ada mungkin kita akan kekalkan De Paula atau sebaliknya, kemungkinan kita akan bermula dengan Syafiq Ahmad atau Luqman dengan kedua-dua pemain itu ada potensi yang baik juga di pentas antarabangsa.

“Kita masih ada satu atau dua hari untuk buat senarai akhir kesebelasan utama. Bukan sahaja di bahagian s3rangan, kita perlu lihat keseluruhan pasukan termasuk bahagian tengah, pertahanan dan juga penjaga gol,” katanya pada sidang media secara maya dari Jordan, hari ini.

Uzbekistan yang menduduki ranking ke-84 dunia menjadi satu lagi lawan yang sukar buat Harimau Malaya selepas mereka tewas 0-4 di tangan Jordan, Rabu lalu.

Malah, Cheng Hoe turut mengakui Uzbekistan memiliki barisan pemain yang lebih berkualiti termasuk kemungkinan akan menurunkan pel3dak berbisa mereka, Eldor Shomurodov yang beraksi bersama kelab Itali, AS Roma.

Kalau kita lihat dari segi s3rangan dan keseluruhan pasukan Uzbekistan, ia memberi kita satu gambaran yang mereka mempunyai barisan s3rangan terbaik seperti pemain mereka yang bermain di AS Roma.

Malah, mereka juga ada dua atau tiga pemain lain yang beraksi di luar negara. Jadi mereka memang nampak ada kelebihan dan kualiti tersendiri.

“Sebab itu untuk perlawanan esok kita fokus lebih kepada bahagian pertahanan supaya tak dibolosi sekali lagi dengan gol dari kesilapan individu dan kita perlukan kerjasama pasukan yang terbaik,” katanya.