Sukan

Legenda kata kalah 10 -0 pun tiada masalah

KEPUTUSAN bukan menjadi agenda utama dalam perlawanan persahabatan, apatah lagi skuad Harimau Malaya kali ini dibarisi beberapa muka baharu bagi menghadapi Jordan dan Uzbekistan.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, apa sahaja keputusan apabila berdepan Jordan dan Uzbekistan perlu diterima semua pihak khususnya peminat dan penyokong Harimau Malaya.

Apabila diadakan perlawanan persahabatan, kita kena cuba semua pemain yang ada. Sebab itu diadakan perlawanan persahabatan. Jika kita tidak cuba, mana kita nak tahu kualiti mereka.

Ini perlawanan persahabatan dan bukan kejohanan sebenar. Masa inilah untuk kita memastikan supaya apabila nak bentuk pasukan, kita dah boleh lihat pemain yang ada ini boleh mewakili negara atau tidak.

Kalau kita tak bagi peluang untuk jurulatih mencuba pemain baharu, bila kita nak tahu keupayaan mereka. Jadi bagi saya, kalah 10 atau 20-0 sekalipun tak ada masalah sebab keputusan bukan keutamaan.

Apa yang penting sekarang biar coach Tan (Cheng Hoe) buat kerja beliau. Daripada aksi persahabatan inilah beliau boleh menilai sama ada pemain itu boleh bermain atau perlu diketepikan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93) di Stadium King Abdullah II di Amman pada Rabu malam sebelum men3ntang Uzbekistan (ke-84) di Stadium Antarabangsa Amman pada Sabtu.

Dalam menghadapi tugasan kali ini, Cheng Hoe tidak membariskan barisan terkuat, sebaliknya beliau membawa beberapa muka baharu termasuk pemain yang kembali dipanggil menyertai Harimau Malaya.

Semua pemain tentu sekali bila dah bermain bersama pasukan kebangsaan, akan beri segalanya untuk buktikan kepada jurulatih bahawa dia boleh main. Kalau dia bermain sambil lewa, maka dia tidak sesuai untuk Harimau Malaya.

Daripada aksi persabahatan itu nanti, kita boleh menilai pemain yang bagus dalam Liga Malaysia. Ada pemain yang bagus bermain di liga tetapi tidak bagus bermain di peringkat antarabangsa.

sumber:- SH

“Ada juga pemain yang kurang menyerlah dalam liga tetapi mampu tampil cemerlang di peringkat antarabangsa. Sebab itu, ada perlawanan persahabatan untuk uji pemain,” ujar Jamal Nasir.